HARI MALAYSIA 2026

Majlis Perbandaran Kubang Pasu mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Malaysia merupakan satu detik bermakna yang mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan rakyat dalam membentuk sebuah negara yang kukuh. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai latar belakang, budaya dan bangsa, nilai saling menghormati serta semangat bekerjasama menjadi asas untuk kita terus bergerak seiring membina Malaysia yang aman dan sejahtera.
Ayuh kita semarakkan semangat cintakan negara dengan terus memelihara perpaduan, menghormati kepelbagaian dan berganding bahu dalam menjayakan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat serta masa depan generasi akan datang.
Bersama menyemai perpaduan, memperkukuh kebersamaan, membina Kubang Pasu yang sejahtera. ![]()
Hari Malaysia 2026 ![]()
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1