
Berita baik buat warga Kulim, khususnya penduduk sekitar Taman Merbau Indah!
Bermula Oktober 2026, Pasar Minggu Taman Merbau Indah akan mula beroperasi pada setiap hari Khamis sebagai salah satu lokasi baharu aktiviti komuniti dan perniagaan setempat.
Hari: Setiap Khamis
Lokasi: Taman Merbau Indah
Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan seperti barangan keperluan, makanan ringan, pakaian dan aksesori, produk tempatan serta pelbagai jualan menarik daripada peniaga setempat.
Pembukaan pasar minggu ini diharap dapat menyediakan kemudahan kepada penduduk, memberi peluang perniagaan kepada peniaga kecil serta membantu merancakkan ekonomi komuniti setempat.
Peringatan kepada peniaga
Hanya jualan kering dibenarkan. Jualan basah adalah tidak dibenarkan. Peniaga yang berminat hendaklah membuat permohonan dan mendapatkan lesen sebelum menjalankan perniagaan.
Permohonan & bayaran lesen: www.elesen.mpkk.gov.my
Pertanyaan: 04-432 5225
Unit Peniaga Kecil/Penjaja
Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Perbandaran Kulim
Jom ramai-ramai meriahkan Pasar Minggu Taman Merbau Indah dan bersama-sama kita sokong peniaga tempatan!