PESTA BUKU KEDAH 2026

Khabar gembira buat semua pencinta buku dan peminat aktiviti berilmiah!

Pesta Buku Kedah 2026 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah bakal berlangsung selama 7 hari dengan pelbagai pengisian menarik yang pastinya sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai buku, aktiviti kanak-kanak, sesi bicara, perkongsian penulis, program ilmu, pameran agensi serta cabutan bertuah menanti para pengunjung.

24 – 30 September 2026
Village Mall, Sungai Petani, Kedah
10.00 pagi – 10.00 malam

Antara pengisian menarik sepanjang Pesta Buku Kedah 2026 termasuk:

  • Pameran dan jualan buku
  • Sesi bicara & perkongsian penulis
  • Aktiviti kanak-kanak
  • Program ilmu dan inspirasi
  • Pelbagai persembahan menarik
  • Cabutan bertuah dengan hadiah menanti

Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, menyemarakkan budaya membaca dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Membaca Membina Masa Depan!

Jangan lepaskan peluang — jom beramai-ramai ke Pesta Buku Kedah 2026!

Skip to content