TERIMA KASIH WARGA BANDAR RAYA ALOR SETAR | SOROTAN FOTO 1 SEKITAR KEMERIAHAN PROGRAM 'ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY' EDISI OGOS 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 1 Ogos 2026 – Sorotan foto sekitar kemeriahan program Alor Setar Car Free Saturday edisi Ogos 2026 yang bertemakan “Gerak Aktif, Hidup Positif” dengan kehadiran kira-kira 3,000 orang peserta dari pelbagai lapisan umur yang berkumpul di Dataran Medan Bandar sejak awal pagi.
 
Acara pelepasan Fun Bike, Fun Run, Eco Briskwalk dan Explorace telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Kamal Hashim bersama Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, serta Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Tuan Haji Ishak Zulkifli.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja, rakan strategik serta agensi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan penganjuran program tersebut.
 
Penghargaan turut dizahirkan kepada semua peserta dan pengunjung yang hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung, sekali gus menyumbang kepada kejayaan penganjuran Alor Setar Car Free Saturday edisi Ogos 2026.
 
MBAS berharap program seumpama ini akan terus mendapat sambutan daripada masyarakat sebagai platform memperkukuh amalan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti dan menyokong aspirasi Alor Setar Bandar Raya Berdayahuni 2035.
 
 
Skip to content