KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Terbuka kepada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja / perkhidmatan sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi bekalan sebut harga di bawah ini.
| BIL | NO. SEBUTHARGA | PROJEK | KOD BIDANG MOF | TARIKH TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK |
| 1. | 88/2026 (KEJ) | PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LIMA (5) UNIT LIF BANGUNAN MENARA KOMPLEKS MPSPK SELAMA 24 BULAN (2 TAHUN) MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN. | BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOD BIDANG 220505 ATAU CIDB M03 (G1,G2,G3,G4,G5,G6 DAN G7) – Terbuka Bumiputera atau bukan bumiputera (terbuka seluruh Malaysia) | TARIKH : 24 SEPTEMBER 2026 |
Dokumen tawaran ini boleh didapati di BAHAGIAN PEROLEHAN mulai 24 SEPTEMBER 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan tersebut beserta resit pendaftaran kontraktor MPSPK semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan harga RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk Kad Debit / Kad Kredit.
Tarikh tutup sebutharga ialah 05 OKTOBER 2026 jam 12.00 tengahari. Dokumen Tawaran Sebutharga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat Tingkat 4, Bahagian Perolehan, Bangunan Menara Mpspk, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 15 SEPTEMBER 2026