KUNJUNGAN HORMAT PIBG SMK ST. THERESA KE MPSPK
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK St. Theresa, Sungai Petani.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan MPSPK, di samping bertukar pandangan berkaitan perkara yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Turut hadir bersama, Pengarah Jabatan Perbendaharaan MPSPK, Encik Anuar bin Ramli. Delegasi kunjungan diketuai oleh Puan Noraini binti Ali, Pengetua SMK St. Theresa, bersama barisan pentadbir sekolah dan ahli jawatankuasa PIBG.
Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara MPSPK dan SMK St. Theresa pada masa akan datang.
Klik untuk gambar sekitar program






