TANDAS AWAM PASAR POKOK SENA TERSENARAI DALAM LIMA TERBAIK KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 6 Ogos 2026 – Tandas Awam Pasar Pokok Sena telah berjaya tersenarai dalam lima terbaik (Top 5) bagi Kempen Tandas Awam Bersih 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), sekali gus membuktikan komitmen Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dalam mempertingkatkan standard kebersihan dan pengurusan kemudahan awam.

Pencapaian tersebut merupakan hasil usaha bersepadu serta kerjasama berterusan antara MBAS, rakan-rakan strategik dan pelbagai pihak dalam memastikan tandas awam di Pasar Pokok Sena sentiasa berada pada tahap kebersihan, keceriaan, keselesaan dan penyelenggaraan yang memenuhi aspirasi Kempen Tandas Awam Bersih 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), rakan strategik serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam menjayakan usaha ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan tandas awam demi kesejahteraan komuniti.

“Tandas Bersih, Komuniti Sihat.”

 
Skip to content