TANDAS MASJID AL-HUDA, KAMPUNG BUKIT PAK KIAU, POKOK SENA TERSENARAI LIMA TERBAIK ANUGERAH TOTYA 2026
Alor Setar, 6 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan Tandas Masjid Al-Huda, Kampung Bukit Pak Kiau, Pokok Sena berjaya tersenarai dalam lima terbaik (Top 5) bagi Toilet of the Year Awards (TOTYA) 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kategori Rumah Ibadat.
Pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam menyediakan kemudahan tandas awam yang bersih, selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat, selaras dengan usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta imej kemudahan awam di bandar raya Alor Setar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga MBAS, pihak pengurusan Masjid Al-Huda, rakan strategik serta semua yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sehingga berjaya meletakkan Kedah dalam kelompok terbaik di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasakan budaya menjaga kebersihan tandas awam demi kesejahteraan komuniti.
“Tandas Bersih, Komuniti Sihat.”
