[12 September 2026/Sabtu]
Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah diadakan di Bertam Resort, Pulau Pinang selama dua (2) hari yang bertemakan “Sinergi MADANI- PBT Lestari, Persekitaran Harmoni”. Majlis tersebut diserikan dengan ucapan aluan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang menekankan kepentingan PBT untuk sentiasa menilai semula kaedah dan cara kerja, memperluas penggunaan teknologi serta memanfaatkan data secara optimum bagi memastikan setiap perbelanjaan kerajaan memberikan nilai dan impak yang terbaik kepada rakyat. Majlis seterusnya, dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Konvensyen yang menghimpunkan PBT dari seluruh negara turut menjadi satu platform yang menarik bagi perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam memperkasakan peranan PBT ke arah penyampaian perkhidmatan tadbir urus yang lebih cekap, inovatif, kreatif, lestari dan berorientasikan rakyat.
Turut hadir bersama Yang Berbahagia Puan Noor Shaadah Binti Ahmad, AMK., BCK., Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Amin Bin Jaafar, Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis serta Ketua – Ketua Jabatan dan Unit MDBB.




