KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE MBDK
Klang, 17 Ogos 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Klang, YBhg. Dato’ Haji Abdul Hamid Hussain di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) sebagai usaha memperkukuh hubungan serta jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa tempatan.
Kunjungan tersebut diadakan sempena Majlis Soft Launching Isuzu 16th Cycle For Health And Evironment 2026 yang berlangsung di Dewan Hamzah, MBDK. Selain itu, pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan serta pembangunan bandar, termasuk aspek penyampaian perkhidmatan, pengurusan perbandaran, kebersihan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.
MBAS berharap hubungan dan jaringan kerjasama yang terjalin menerusi kunjungan ini dapat terus diperkukuh sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri Mohamad Norlin; dan Pengarah Jabatan Kemasyarakatan MBDK, Encik Azhar Samsudin.
