KUNJUNGAN USTAZ WADI ANNUAR KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 13 Ogos 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah terima kunjungan Ustaz Wadi Annuar di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
 
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan penganjuran program Ride Dakwah Anak Muda yang dijadualkan berlangsung pada 19 September 2026 bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
 
Pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan program yang menyasarkan golongan anak muda, khususnya dalam usaha menyemarakkan aktiviti kerohanian dan dakwah dalam kalangan masyarakat.
 
MBAS menyambut baik penganjuran program berkenaan dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan belia di sekitar bandar raya Alor Setar.
 
Skip to content