MBAS TERIMA PUBLIC SERVICE EXCELLENCE RECOGNITION DI WMAM ANNUAL CONFERENCE 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Genting Highlands, 10 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melakar satu pencapaian membanggakan apabila menerima Public Service Excellence Recognition sempena WMAM Annual Conference 2026 yang berlangsung di Genting International Convention Center (GICC), malam semalam.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya hadir menerima penganugerahan tersebut yang mengiktiraf penglibatan serta sumbangan aktif MBAS dalam memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan awam, di samping meningkatkan kecekapan pengurusan serta kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.
 
MBAS merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja, rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai inisiatif kecemerlangan perkhidmatan yang dilaksanakan.
 
Pencapaian ini diharap menjadi satu lagi pemangkin kepada MBAS untuk terus komited dalam memastikan pengurusan alam sekitar di bandaraya Alor Setar akan terus terpelihara bagi memastikan Alor Setar bandaraya pelancongan bersih selaras dengan misi MBAS untuk mencapai perbandaran berdayahuni 2035.
 
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, Encik Mohamad Najib Mohd Salleh serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content