SESI PENILAIAN AKHIR TANDAS AWAM PASAR POKOK SENA DALAM KELOMPOK LIMA TERBAIK KEMPEN TANDAS AWAM BERSIH 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Pokok Sena, 11 Ogos 2026 – Tandas Awam Pasar Pokok Sena telah berjaya tersenarai dalam lima terbaik (Top 5) bagi Kempen Tandas Awam Bersih 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Sesi penilaian akhir bagi tujuan verifikasi telah diadakan pagi tadi di Tandas Awam Pasar Pokok Sena yang dihadiri oleh dua panel penilai dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Encik Khairul Anuar Wahid dan Encik Raja Mohd Rostum Raja Daud.
 
Pihak MBAS telah dihadiri oleh Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri Mohamad Norlin; Ahli-Ahli Majlis MBAS iaitu Puan Robiah Dahaman, Puan Susilawati Abdul Wahab, Encik Amir Ahmad; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Tuan Haji Bohari Md Yusof, wakil-wakil agensi, persatuan, komuniti serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Kempen Tandas Awam Bersih 2026 merupakan antara inisiatif KPKT dalam memperkasakan pengurusan tandas awam melalui aspirasi mewujudkan tandas berstatus BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) serta bertaraf lima bintang.
 
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan tandas awam, mengamalkan etika penggunaan tandas yang betul serta memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam memastikan kemudahan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif.
 
MBAS berharap sesi penilaian akhir tersebut dapat membuahkan satu lagi kejayaan kepada Tandas Awam Pasar Pokok Sena, sekali gus mengharumkan nama bandar raya Alor Setar di peringkat kebangsaan.
 
Pihak MBAS turut mendoakan agar segala usaha, komitmen dan kerjasama semua pihak sepanjang pelaksanaan kempen berkenaan membuahkan hasil serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti pengurusan tandas awam di bawah pentadbiran MBAS.
 
Skip to content