TANDAS AWAM ARAS 2 UTC KEDAH TERSENARAI LIMA TERBAIK ANUGERAH TOTYA 2026
Alor Setar, 6 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan Tandas Awam Aras 2, Bangunan UTC Kedah berjaya tersenarai dalam lima terbaik (Top 5) bagi Toilet of the Year Awards (TOTYA) 2026 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam menyediakan kemudahan tandas awam yang bersih, selesa, selamat dan berkualiti kepada masyarakat, selaras dengan usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta imej kemudahan awam di bandar raya Alor Setar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga MBAS, rakan-rakan strategik serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sehingga berjaya meletakkan Kedah dalam kelompok terbaik di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memperkasakan budaya menjaga kebersihan tandas awam demi kesejahteraan komuniti.
“Tandas Bersih, Komuniti Sihat.”
