AYUH WARGA KUALA MUDA! BERSAMA SEMARAKKAN HARI CUCI MALAYSIA 2026!

Sempena Hari Cuci Malaysia, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) mengajak seluruh warga kerja dan komuniti untuk bersama-sama turun padang menjayakan usaha menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Program ini menjadi platform penyatuan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kebersihan, kesihatan dan penglibatan komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan sejahtera.

Tarikh: 26 September 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani

PENDAFTARAN PESERTA

Pendaftaran dibuka mulai 7.15 pagi di khemah pendaftaran. 150 peserta terawal berpeluang menerima baju khas program!

ANTARA PENGISIAN MENARIK:

◉ Program Trash to Cash (idamanXchange) : Bawa bahan kitar semula anda (plastik, kertas, minyak masak terpakai, tin & besi) dari jam 9.00 pagi – 12.00 tengah hari dan tebus wang tunai/ganjaran!

◉ Pemeriksaan Komposisi Tubuh (Body Composition Check): Ketahui status kesihatan anda secara percuma/berpatutan (pemeriksaan peratus lemak, jisim otot, lemak visceral, tinggi & berat)!

◉ Aktiviti Komuniti & Sukan: Aktiviti plogging, gotong-royong, pertandingan mewarna kanak-kanak, tarik tali, netball shooting, pameran agensi serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik!

◉ Aktiviti gotong-royong turut dilaksanakan oleh Persatuan Penduduk dan Kelab Rukun Tetangga di kawasan masing-masing sebagai usaha bersama memastikan persekitaran sentiasa bersih dan terurus.

Sambil membersihkan kawasan, kita jaga kesihatan dan dapatkan ganjaran! Jom turun padang dan bersama-sama jayakan Hari Cuci Malaysia 2026!

Kebersihan bermula daripada kita. Bersama kita wujudkan Kuala Muda yang bersih, mampan dan sejahtera.

Skip to content