DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR SEMPURNAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 20 TAHUN KEDAH
Alor Setar, 6 Sept 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Bawah 20 Tahun Negeri Kedah 2026 yang berlangsung di Central Atrium, Aman Central Mall, di sini, semalam.
Kejohanan anjuran Persatuan Bola Tampar Amatur Kedah (KAVA) dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar KOSAVA itu telah berlangsung dari 4-6 September 2026, menghimpunkan pasukan dari seluruh negeri Kedah dalam usaha mencungkil bakat baharu serta memperkasakan pembangunan sukan bola tampar di negeri ini.
Sebanyak 27 pasukan menyertai kejohanan berkenaan, terdiri daripada 12 pasukan lelaki dan sembilan pasukan wanita bagi kategori bawah 20 tahun, selain sembilan pasukan wanita bagi kategori terbuka.
Penganjuran kejohanan itu turut menjadi platform kepada pemain muda untuk mendapatkan pendedahan menerusi pertandingan kompetitif, selain menggalakkan penglibatan lebih ramai generasi muda dalam sukan bola tampar.
MBAS merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang serta penghargaan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian atas komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.
Penganjuran program seumpama itu diharap dapat terus menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta memperkukuh pembangunan sukan bola tampar di peringkat negeri.
