EXECUTIVE TALK SERIES 3 PERKUKUH KOLABORASI WUJUDKAN ALOR SETAR BERSIH DAN INDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 6 Sept 2026 — Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Hotel Serasi Padi terus memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, agensi teknikal, sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti menerusi penganjuran Executive Talk Series 3 yang berlangsung di Hotel Serasi Padi, di sini, pagi semalam.
 
Program berkenaan menjadi platform perkongsian pandangan, pengalaman dan pendekatan dalam memperkukuh aspek kebersihan, keindahan serta kelestarian Bandar Raya Alor Setar, selain memperkasa tindakan bersepadu antara pelbagai pihak berkepentingan.
 
Executive Talk Series 3 telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bahagian Pembangunan, YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa. Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, YBrs. Iman Hazwan Abd Halim.
 
Program dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Jurutera Daerah Kota Setar, YBrs. Ir. Isnil Badril bin Ismail, yang memberi penerangan dan taklimat tentang Konsesi Persekutuan dan Negeri serta bidang tugas Jabatan Kerja Raya Daerah.
 
Sesi kedua pula menampilkan perkongsian daripada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Malaysia, YBrs. Ir. Zulkifli Tamby Chik; Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn. Bhd., YBrs. Zaki Abdul Aziz Daud; serta Ketua Pegawai Eksekutif Trash4Cash, YBrs. Ir. Ts. Mohd Saiful Anuar Zainal. Perkongsian berkenaan memberi tumpuan kepada pendekatan dan kerjasama strategik dalam pengurusan kebersihan, sisa pepejal serta usaha memperkukuh kelestarian persekitaran bandar.
 
Program turut disusuli sesi perbincangan bersama dan komitmen agensi bagi memperincikan tindakan serta kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersepadu dalam memastikan aspek kebersihan dan keindahan bandar terus diberi keutamaan. Sesi ini dikendalikan moderator Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd.
 
Ucapan penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, YBhg. Dato’ Ir. Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar Abd Hamid, yang menekankan kepentingan komitmen dan kerjasama berterusan semua pihak dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Alor Setar sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan indah.
 
Executive Talk Series 3 diakhiri dengan Aku Janji Deklarasi Bandar Bersih dan Indah Alor Setar 2026 di mana setiap agensi, organisasi dan wakil komuniti menzahirkan sendiri komitmen mereka melalui kepingan-kepingan puzzle. Setiap kepingan membawa tanggungjawab yang berbeza, setiap komitmen membawa tindakan yang berbeda, namun semuanya menuju kepada satu matlamat yang sama.
 
Sebuah bandar raya yang bersih dan indah tidak mampu dibina oleh satu pihak sahaja. Ia memerlukan kerajaan, agensi, industri dan komuniti. Ia memerlukan kita semua. Alor Setar bersih, tanggungjawab bersama.
 
 
Skip to content