MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF COOPERATION (LOC) ANTARA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR DAN KOLEJ POLY-TECH MARA ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 September 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini menyambut baik hasrat Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak melalui pemeteraian Letter of Cooperation (LoC).
 
Pemeteraian LoC ini merupakan satu langkah ke arah memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak berkuasa tempatan, khususnya dalam aspek kerjasama akademik dan industri, perkongsian pengetahuan serta kepakaran, program pembangunan pelajar dan inisiatif-inisiatif lain yang dipersetujui bersama dari semasa ke semasa.
 
Delegasi KPTM Alor Setar yang terdiri daripada enam (6) orang telah diketuai oleh Cik Nor Asmah binti Said, Pengarah KPTM Alor Setar dan telah disambut oleh pihak MBAS yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar, serta diiringi oleh Ahli Majlis dan pegawai MBAS.
 
Majlis pemeteraian LoC tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar Alor Setar dan Pengarah KPTM Alor Setar, sebagai simbolik kepada komitmen kedua-dua pihak untuk terus meneroka dan melaksanakan bentuk kerjasama yang memberi manfaat bersama.
 
Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pelaksanaan program yang dapat memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan persekitaran kerja sebenar, di samping membolehkan MBAS berkongsi pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik dalam bidang yang berkaitan dengan fungsi serta peranan pihak berkuasa tempatan.
 
Pihak MBAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KPTM Alor Setar atas kesediaan menjalinkan kerjasama strategik ini. Semoga pemeteraian LoC ini dapat menjadi platform yang berkesinambungan dalam memperkukuh hubungan dua hala serta menghasilkan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkasa pembangunan modal insan dan hubungan akademik-industri di Alor Setar.
 
 
Skip to content