MBAS SERTAI PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 31 Ogos 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Kedah Tahun 2026yang telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, pagi semalam. Pada kali ini MBAS menampilkan pakaian korporat dengan serba biru dan hijau membawa slogan “Perkhidmatan Tanpa Sempadan”.
 
Kontinjen Kawad MBAS yang terdiri daripada 33 anggota dan 2 jurulatih diketuai oleh Encik Mohammad Nur Hamizan Bin Ismail. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Kawad MBAS di atas komitmen yang terbaik dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 peringkat Negeri Kedah Tahun 2026.
 
 
Skip to content