MBAS TERIMA KUNJUNGAN MESRA SAHABAT PBT, MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 21 September 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Undang-Undang MBSP, Puan Rosilah Abd Rashid, pagi tadi. Lawatan kerja seramai 7 orang pegawai MBSP itu telah disambut mesra oleh Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd serta pegawai-pegawai MBAS bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai sistem, proses dan amalan pengurusan perjanjian secara digital, khususnya penandaarasan terhadap sistem yang dibangunkan dan dilaksanakan Oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
 
Sehubungan itu, satu sesi taklimat mengenai Sistem Pemantauan E-Kontrak & Rekod Undang-Undang MBAS (SPEKTRUM) telah disampaikan oleh Pegawai Pendakwa MBAS, Encik Ahmad Amir Husni. SPEKTRUM merupakan antara inisiatif MBAS dalam memperkukuh pengurusan rekod dan pemantauan berkaitan perjanjian serta urusan perundangan secara lebih sistematik dan bersepadu.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSP atas kunjungan ini. Semoga lawatan kerja yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua PBT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Skip to content