MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2025
Alor Setar, 14 September 2026 – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 yang telah berlangsung pagi tadi dan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan hasil pengauditan, penemuan serta perkara-perkara berkaitan penyata kewangan MBAS, di samping memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara telus, teratur dan berintegriti selaras dengan peraturan yang ditetapkan bagi memperoleh Sijil Tanpa Teguran dari pihak JAN.
Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengarah Audit Negeri JAN Kedah, Puan Zawiyah Mat Din; Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik; Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, En. Mohamad Najib Mohd Salleh; Pegawai-Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN); Pegawai Audit Dalam SUK Negeri Kedah; Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan MBAS yang terlibat.
