ZIARAH KASIH PUSPANITA MBAS

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 15 September 2026 – PUSPANITA MBAS meneruskan usaha menyantuni warga kerja MBAS yang berdepan dengan ujian apabila mengadakan kunjungan ziarah kasih ke rumah keluarga Puan Watinor binti Abdullah, kakitangan Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS di Kampung Gerigis.
 
Kunjungan yang diketuai Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg. Datin Fauziah Halim, bersama Puan Noor Shuhada Elias, Puan Durratul Husniah dan Puan Siti Zaleha Ibrahim, diadakan sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga Puan Watinor berikutan kehilangan anak sulung beliau, seorang remaja berusia 15 tahun, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 11 September lalu.
 
Semoga keluarga Puan Watinor diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan dalam menghadapi dugaan ini.
 
 
Skip to content