




21 September 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Utama Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Mohd Hairul Izam bin Abu Bakar, Pengarah Negeri BSN Cawangan Utama Pulau Pinang.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK, bersama Puan Che Murshiha binti Makhtar, Pengarah Jabatan Perbendaharaan serta wakil Jabatan Perbendaharaan dan Unit Audit Dalam MPKK.
MPKK merakamkan penghargaan atas kunjungan dan silaturahim yang terjalin.