DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIRI PERSIDANGAN PENYELIDIKAN TATAKELOLA, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
Putrajaya, 25 September 2026 — Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya menghadiri Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan (JKKTN) Ke-5 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.
Persidangan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bertemakan “MADANI Pemangkin Tatakelola Berintegriti ke Arah Malaysia Bebas Rasuah” dan dirasmikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Abdul Halim Aman.
Persidangan berkenaan menghimpunkan kira-kira 1000 peserta sebagai platform perkongsian pengetahuan dan penyelidikan berkaitan tatakelola, integriti dan antirasuah.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik; Ketua Bahagian Sumber Manusia MBAS, Encik Sabri Dzakaria dan Ketua Bahagian Integriti MBAS, Encik Rasyidi Othman.
