𝟐𝟔 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔

Program Pembersihan Mega Seluruh Malaysia Sempena Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Daerah Yan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 September 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi di Kawasan Rekreasi Titi Hayun, Yan.

Sambutan Hari Cuci Malaysia (HCM) bukan sekadar acara simbolik tahunan, malah merupakan manifestasi kesedaran sivik dalam usaha memupuk budaya kebersihan serta meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar.

Selaras dengan slogan “Yan Daerah Pelancongan Desa & Tenaga”, kebersihan kawasan rekreasi dan persekitaran memainkan peranan penting dalam mengekalkan imej Daerah Yan sebagai destinasi pelancongan yang bersih, indah dan selamat untuk dikunjungi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas usaha berterusan dalam menggerakkan inisiatif Hari Cuci Malaysia di seluruh negara.

Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada semua agensi, pihak yang terlibat serta seluruh warga Daerah Yan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha bersama ini dapat memberikan impak positif dalam memelihara kebersihan, keindahan dan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat serta generasi akan datang.

Bersama-sama kita kekalkan kebersihan dan keindahan Daerah Yan demi merealisasikan aspirasi “Yan Daerah Pelancongan Desa & Tenaga”.

Untuk lebih banyak gambar :- https://www.facebook.com/share/p/1CLy6AS1S1/

Skip to content