MAJLIS PECAH TANAH LB ADVANCED MATERIAL ASIA SDN. BHD. DI GURUN HEAVY INDUSTRIAL PARK
Sesi temuduga bagi pemilihan pengusaha gerai di lokasi Laman Selera Bakar Arang, Laman Selera Penghulu Him, Gerai Taman Melor, Kedai Stesen Bas Jeniang dan Arked Pekan Jeniang telah diadakan pada 23 September 2026. Sesi temuduga tersebut berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 5, Menara MPSPK.
Sesi temuduga ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha MPSPK, Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki bersama panel yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Pelesenan, Puan Tasha Amira binti Che Musa; Pengarah Jabatan Pengurusan Fasiliti, Puan Yuhanis binti Yusof; Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 13, Encik Idris bin Hassan; serta Ahli Majlis merangkap Area Officer Zon 11, Encik Mohd Firdaus bin Mohtar.
Sesi temuduga berjalan dengan lancar dan teratur, di mana setiap pemohon dinilai berdasarkan kelayakan, pengalaman dan komitmen mereka untuk mengusahakan gerai di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Klik untuk gambar sekitar program





