




Kunjungan ini…
Bukan sekadar sebuah kunjungan, tetapi sebuah tanda ingatan dan penghargaan yang terus tersemat buat insan-insan yang pernah mencurah bakti bersama keluarga besar Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).
Sebagai kesinambungan Program Ziarah Kasih sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MPKK, usaha menyantuni para pesara diteruskan sebagai lambang keprihatinan dan penghargaan atas segala jasa, pengorbanan serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Lawatan ini telah disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK bersama wakil-wakil daripada pengarah jabatan, ahli Kelab Kebajikan dan Sukan serta ahli PUSPANITA MPKK.
Sumbangan berupa barangan asas dan bantuan wang tunai disampaikan sebagai tanda kasih dan keprihatinan, agar para pesara sentiasa merasakan bahawa jasa mereka tetap dihargai dan tidak pernah dilupakan walaupun telah menamatkan perkhidmatan.
Sesungguhnya, setiap keringat dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan MPKK. Semoga ikatan silaturahim ini terus terpelihara, dan semoga para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati serta kehidupan yang sejahtera di bawah rahmat Allah SWT.