𝟑𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐑𝐀𝐁𝐔)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bil. 9 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan.

Agenda mesyuarat dimulakan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 8 Tahun 2026 serta laporan perkara berbangkit. Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas makluman, kertas kerja serta laporan jabatan/unit MDY untuk pertimbangan Majlis.

Mesyuarat hari ini juga turut dibentangkan dengan Draf Laporan Akhir II, Kajian Pelan Induk Landskap Daerah Yan 2037 (PIL.Yan 2037). Pembentangan dimulai dengan pengenalan ringkas oleh Puan Ramona binti Razali, Pengarah Bahagian Pembangunan Landskap, Jabatan Landskap Negara (JLN) dan seterusnya pembentangan teperinci khusus kepada cadangan rekabentuk projek pembangunan mengikut lokasi-lokasi terpilih oleh LAr Norliza binti Mohd Yusof, Ketua Pengkaji daripada Cloustan Design (M) Sdn. Bhd. Turut hadir bersama bagi sesi pembentangan ini adalah Puan Intan Maisarah binti Razali, Penolong Pengarah Kanan JLN (Pengawai Projek) dan Encik Hadjiz Sahalek, Arkitek Landskap Cloustan Design (M) Sdn. Bhd. Mesyuarat merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyediaan draf laporan tersebut dan seterusnya bersetuju menerima Draf Laporan Akhir II berkenaan dengan penambahbaikan. PIL.Yan 2037 akan menjadi dokumen rujukan kepada semua jabatan Daerah Yan khususnya Majlis Daerah Yan dalam merancang dan membangunkan projek-projek pembangunan yang berpotensi pada masa hadapan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ,Encik Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Setiausaha Majlis Daerah Yan, Ahli-ahli Majlis (politik dan ex-officio), Ketua-ketua Jabatan/Unit serta urus setia mesyuarat.

Tuan Yang Dipertua dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen tinggi, kerjasama padu serta dedikasi dalam menjayakan agenda pembangunan dan perkhidmatan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memastikan Yan terus melangkah ke hadapan sebagai Daerah Pelancongan Desa dan Tenaga.

Untuk lebih banyak gambar :- https://www.facebook.com/share/p/1Bvh3b1BiG/

Skip to content