HARI CUCI MALAYSIA 2026
Program Pembersihan Mega seluruh negara telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini dan disempurnakan oleh Ahli Majlis Zon 6, Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halim. Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah memilih Bandar Puteri Jaya (BPJ) sebagai lokasi program tersebut untuk tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kutipan sampah dan juga pembersihan di kawasan sekitar BPJ. Tidak ketinggalan pertandingan kutipan sampah terberat turut diadakan.
PERTANDINGAN SAMPAH TERBERAT
Tahniah diucapkan kepada :
Tempat Pertama – UiTM Kedah sebanyak 126.75 Kg
Tempat Kedua – SMK Sungai Pasir Kechil sebanyak 109.45 Kg
Tempat Ketiga – Mydin Taman Batik sebanyak 92.35 Kg
Bagi Kutipan Sampah Terberat antara Komuniti Rukun Tetangga (KRT) sekalung tahniah diucapkan kepada KRT BPJ Seksyen 1
Hadir bersama memeriahkan program tersebut ialah Tuan Setiusaha MPSPK, Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki, Ahli-Ahli Majlis, pengarah-pengarah Jabatan dan Bahagian serta warga kerja MPSPK.
Terima kasih diucapkan kepada para pempamer yang sudi bersama-sama memeriahkan Hari Cuci Malaysia iaitu:
◉ Jabatan Pelancongan & Warisan MPSPK
◉ OSK PROPERTY
◉ SWCorp
◉ E-Idaman
◉ Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
◉ Persatuan Rumpun Mesra
◉ Management and Science University (MSU)
◉ Prudential BSN Takaful
◉ SWISS AVENUE
◉ ZURICH
◉ Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
MPSPK berharap agar semua warga Sungai Petani terus mengamalkan budaya hidup bersih, menjaga alam sekitar dan memupuk semangat gotong-royong dalam komuniti. Setiap usaha, walaupun kecil, membawa makna yang besar.
Klik untuk gambar sekitar programKlik untuk video sekitar program












