KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MENAIKTARAF TAMAN EKO RIMBA REKREASI BATU HAMPAR, SERDANG, KEDAH.
Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor yang berdaftar dengan MDBB, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri (CIDB) dan mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC).
Dokumen Sebutharga akan hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor yang sah sahaja. Oleh itu, kontraktor dikehendaki membawa surat pendaftaran asal dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri (CIDB) dengan pusat berkenaan.
Kontraktor dinasihatkan untuk memastikan tarikh SAH LESEN sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan @ 90 hari dari tarikh tutup sebutharga. Kegagalan berbuat demikian, BERKEMUNGKINAN BOLEH MENJEJASKAN peluang bidaan yang dimasuki oleh pihak tuan.
Naskah dokumen tawaran boleh dibeli dengan harga RM 20.00 bagi Kelas G1.
Lawatan tapak akan diadakan pada 13 Oktober 2026 (SELASA) jam 9.30 pagi di Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu.
Dokumen sebutharga yang lengkap perlu dihantar dan dimasukkan ke peti tawaran sebutharga sebelum atau pada 20 Oktober 2026 (SELASA), tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.
Maklumat lanjut adalah seperti dilampiran.