KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KEDAH MEDICAL CENTRE (KMC) KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 5 Oktober 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan daripada Pihak Pengurusan Kedah Medical Centre (KMC) di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Ia telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KMC, Tn. Zabidi Haji Abdul Razak bersama pasukan iaitu Pengurus Kewangan KMC, En. Amirul Qayyuum Jais dan Ketua Perhubungan Awam dan Pemasaran KMC, Pn. Noor Faridah.
Kunjungan ini bertujuan untuk memaklumkan dan membincangkan mengenai Cadangan Membina (1) Blok Bangunan Tempat Letak Kereta Bertingkat (11 tingkat) dan lot-lot perniagaan yang merupakan pembangunan tambahan kepada Pusat Perubatan KMC sediada.
Cadangan ini dijangka akan memberi kemudahan tambahan tempat letak kereta sebanyak 461 petak bagi memenuhi keperluan semasa dan perancangan masa depan untuk menaiktaraf KMC. Ini menunjukkan usaha dan komitmen KMC dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pelanggan dan juga Bandaraya Alor Setar secara khususnya.
Semoga pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, Pn. Hasmahanum Hamzah dan Ketua Bahagian Pusat Setempat (OSC) MBAS, Pn. Nurwani Mat Nashir.
