SESI PEMBENTANGAN PEMASANGAN SOLAR PV OLEH BDB ENERGY SDN BHD

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH

Alor Setar, 6 Oktober 2026 — Satu Sesi Pembentangan Pemasangan Solar PV di premis Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) oleh pihak BDB Energy Sdn Bhd telah dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS.
 
Sesi tersebut diadakan bersempena Kunjungan Hormat daripada delegasi BDB Energy Sdn Bhd ke atas YBhg. Dato’ Bandar MBAS bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta pelaksanaan inisiatif tenaga hijau dan lestari di fasiliti pentadbiran bandar raya.
 
Delegasi BDB Energy Sdn Bhd telah diketuai oleh Encik Syed Saful Yusri bin Syed Ahmad Fuzi (Ketua BDB Energy Sdn Bhd), bersama-sama Encik Muhammad Husaini bin Fauzi (Jurutera Pembangunan Projek) dan Puan Norlida Abd Wahab (Ketua Jualan & Pemasaran). Turut hadir bersama menyambut kunjungan serta menyertai perbincangan berkenaan ialah Dr. Elina Mohd, Pegawai Undang-Undang MBAS.
 
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam menyokong agenda teknologi hijau dan kecekapan tenaga demi pembangunan Bandar Raya Alor Setar yang lebih mampan.
 
 
Skip to content