10 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) turut bersama-sama memeriahkan Hari Terbuka Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai sempena Majlis Pelancaran E-Khairat An-Najah menerusi pembukaan Kaunter Bergerak MPKK pada hari ini.

Pelbagai perkhidmatan disediakan untuk kemudahan pengunjung antaranya Kaunter Khas Kempen No Plastic Bag, Kaunter Sewaan, Kaunter Cukai, Kaunter Kompaun dan Kaunter Bayaran. Inisiatif ini memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat serta menyelesaikan urusan bersama MPKK dengan lebih mudah dan dekat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas jemputan yang diberikan serta kepada semua pelanggan dan pengunjung yang hadir mendapatkan perkhidmatan di Kaunter Bergerak MPKK pada hari ini.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh hubungan antara MPKK dengan komuniti setempat, selaras dengan komitmen Majlis dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, mesra dan dekat di hati masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#KaunterBergerakMPKK

Skip to content