KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI KEDAH KE MPSPK
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muzaffar Shah, telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Encik Rosli bin Mustafa, bersama Ketua Cawangan JAS Sungai Petani, Puan Khuzaimah binti Alias dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan JAS Sungai Petani, Puan Siti Fairuz binti Harun.
Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara MPSPK dan JAS, khususnya dalam aspek pengurusan alam sekitar serta usaha bersama memastikan kelestarian dan kesejahteraan persekitaran di kawasan pentadbiran MPSPK.
MPSPK merakamkan penghargaan atas kunjungan hormat yang diadakan serta berharap hubungan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua agensi dapat terus diperkukuh demi manfaat masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
Klik untuk gambar sekitar program





