SESI LIBAT URUS MBAS INSTANT LICENSE APPROVAL / KELULUSAN LESEN SERTA MERTA (MILA) BERSAMA PENGUSAHA HOMESTAY / RUMAH TUMPANGAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 11 Oktober 2026 – Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menganjurkan Sesi Libat Urus kepada pengusaha Homestay / Rumah Tumpangan dan disertai oleh Jabatan Perancang dan Jabatan Kawalan Bangunan bagi memberi pendedahan awal kepada semua pemilik perniagaan untuk merebut peluang melalui kaedah Lesen Serta Merta “MILA” ini yang mana hanya menggunakan kad pengenalan atau SSM sahaja sudah boleh mempunyai lesen.
 
Program ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kawalan dan Operasi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Narisa Binti Hashim. Hadir sama Pegawai Kesihatan Persekitaran MBAS, YBrs Ts. Mohd Fairul Hisyam Bin Mazlan, pegawai-pegawai MBAS serta wakil – wakil persatuan peniaga Homestay seramai 20 orang.
 
Libat urus turut membincangkan berkaitan syarat – syarat lesen, Kebenaran merancang dan juga permit kawalan bangunan bagi homestay yang terlibat.
 
Jabatan Kesihatan Persekitaran menyeru semua pemilik perniagaan khasnya Homestay atau Rumah Tumpangan tampil dengan segera bagi mendapatkan lesen sebelum akhir Oktober 2026 bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.
 
MILA — Memudah Cara, Mempercepat Urusan, Memperkasa Perniagaan.
 
 
Skip to content