
Dataran Putra, Kulim kini sedang melalui proses naik taraf bagi menyediakan kemudahan dan persekitaran yang lebih baik serta selesa untuk kegunaan orang ramai.
Tempoh Penutupan:
Sehingga 30 November 2026
Demi keselamatan bersama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan yang ditutup atau menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan.
Kerjasama dan pematuhan semua pihak amat dihargai bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lancar serta keselamatan orang awam sentiasa terpelihara.
Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih kerana bersama-sama membantu menjadikan Kulim sebuah bandar yang lebih indah, bersih, maju dan selamat.