13 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) terus komited dalam memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan awam melalui pelaksanaan Operasi Bersepadu Perobohan Gerai dan Binaan Tanpa Kebenaran di bahu jalan Taman Seri Sentosa, Kulim.

Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK dengan kehadiran Ahli Majlis serta kerjasama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak dua (2) buah gerai yang didirikan tanpa kebenaran di bahu jalan telah dirobohkan berikutan kegagalan pemilik mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Tindakan penguatkuasaan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MPKK dalam menangani isu halangan di tempat awam, memastikan penggunaan bahu jalan tidak menjejaskan keselamatan pengguna serta memelihara kekemasan, kebersihan dan imej persekitaran bandar.

MPKK turut menyeru semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan dan mendapatkan kelulusan yang sewajarnya sebelum mendirikan sebarang struktur atau menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan awam.

Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penguatkuasaan, penyelesaian aduan serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan warga Kulim dalam bersama-sama mewujudkan persekitaran bandar yang lebih teratur, bersih, selamat dan sejahtera.

“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑰𝑵𝑫𝑨𝑲”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim#MPKKmendengarMPKKbertindak

Skip to content