13 Oktober 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan sesi temuduga untuk pemilihan penyewa gerai-gerai kosong milik MPKK. Temuduga ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama dan telah dihadiri oleh 22 orang calon.

Sesi temuduga ini dikendalikan oleh barisan panel yang terdiri daripada Encik Rohaizat bin Ja’afar, Ahli Majlis Zon 4; Encik Muhammad Noor Faiz bin Tajul Urus, Ahli Majlis Zon 15; Sr. Mohamad Syakir bin Daman Huri, Penolong Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta; Encik Mohamad Firdaus bin Saiden, Ketua Unit, Unit Peniaga Kecil dan Penjaja, Bahagian Kawalan Persekitaran Dan Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran; serta Encik Badrul Hisyam bin Mohamad Dir, Penolong Pegawai Undang-Undang.

Antara lokasi gerai yang ditawarkan termasuklah di Medan Selera, Taman Tasik Kulim, Medan Selera Stesen Bas Kulim, Pusat Perniagaan Seri Anggerik, Pusat Perniagaan Seri Cendana, Kaunter Tiket Bas dan Kedai Taman Kenari.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha MPKK untuk membantu penduduk tempatan memulakan perniagaan dengan lebih teratur dan sah di sisi undang-undang. MPKK sentiasa menyokong para peniaga kecil dan penjaja demi merancakkan ekonomi tempatan serta menyediakan perkhidmatan yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar.

MPKK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua calon yang hadir, diharapkan inisiatif ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai usahawan kecil untuk maju bersama MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content