PUSPANITA MBAS TERUS PRIHATIN, SANTUNI KEBAJIKAN WARGA KERJA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 13 Oktober 2026 – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama PUSPANITA Kedah terus memperkukuh usaha kebajikan menerusi penyampaian bantuan kepada ahli yang memerlukan sokongan serta sumbangan bagi meraikan kakitangan wanita yang menerima cahaya mata.
 
Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg. Datin Fauziah Halim bertempat di Dewan Persidangan Al-Wafa, Aras 8, Menara MBAS, baru-baru ini.
 
Menerusi Program Bakul Kasih sempena Ziarah Kasih MBAS dan PUSPANITA MBAS, seramai lima ahli PUSPANITA dalam kalangan kakitangan MBAS menerima sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung, selain menyampaikan sokongan moral kepada mereka yang berdepan cabaran kehidupan.
 
Dalam majlis sama, bantuan PUSPANITA Di Hati oleh PUSPANITA Negeri Kedah bagi tahun 2025 turut disampaikan kepada tiga penerima yang terdiri daripada dua balu suri MBAS dan seorang kakitangan MBAS yang kehilangan suami. Penyampaian bantuan itu turut disaksikan oleh Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Negeri Kedah, Puan Marniza Ramzani Mokhtar.
 
Selain itu, tiga kakitangan wanita MBAS yang juga ahli PUSPANITA turut menerima bakul hadiah berupa barangan bayi bagi meraikan kelahiran cahaya mata sepanjang tahun 2026.
 
Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan PUSPANITA dalam menjaga kebajikan ahli, khususnya mereka yang memerlukan bantuan serta sokongan dalam mengharungi kehidupan.
 
Usaha murni itu diharap dapat meringankan beban penerima, menyuntik semangat dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli, sekali gus menyemarakkan budaya saling membantu serta mengambil berat antara warga kerja MBAS.
 
Skip to content