MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTAMA BADAN PENGURUSAN BERSAMA RESIDENSI PR1MA SIMPANG EMPAT

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 17 Oktober 2026 — Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Badan Pengurusan Bersama (JMB) Residensi PR1MA Simpang Empat yang berlangsung bertempat di Dewan Serbaguna residensi berkenaan.
 
Mesyuarat itu telah dihadiri Pegawai Penilaian Bahagian Pengurusan Harta MBAS, PMgr Sr Muhammad Fitri Ramli dan Penolong Pegawai Penilaian MBAS, Puan Fatin Husna Abdul Omar, selaku pemerhati daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
 
Seramai 432 orang pembeli-pembeli petak yang layak mengundi telah hadir termasuk pembeli-pembeli petak yang tidak layak mengundi disebabkan tunggakan caj penyenggaraan serta proksi yang dilantik untuk mewakili pembeli petak.
 
Penganjuran mesyuarat agung tahunan pertama itu merupakan platform penting kepada pemilik petak untuk mengambil bahagian dalam urusan pengurusan dan penyenggaraan kediaman bersama, di samping memperkukuh tadbir urus JMB demi kepentingan komuniti residensi berkenaan.
 
Skip to content