Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) mempelawa individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan Tahun 2027 / 1448H agar membuat persediaan awal bagi proses pendaftaran dan permohonan petak niaga.

Sehubungan itu, semua bakal peniaga diminta mengambil perhatian terhadap ketetapan berikut:

📌𝑻𝑨𝑹𝑰𝑲𝑯-𝑻𝑨𝑹𝑰𝑲𝑯 𝑷𝑬𝑵𝑻𝑰𝑵𝑮:

✅ 03 NOVEMBER 2026

Pendaftaran awal melalui kod QR yang disediakan pada poster bermula.

✅ 03 – 05 NOVEMBER 2026

Sesi Taklimat Pra Pendaftaran dan Pra Undian Petak Niaga Bazar Ramadan mengikut jadual kawasan yang ditetapkan.

📍 Lokasi: Dewan Bandaran, Majlis Perbandaran Kulim

✅ 11 NOVEMBER – 01 DISEMBER 2026

Tempoh permohonan lesen Bazar Ramadan secara dalam talian melalui Sistem e-Lesen MPKK.

🕘 Bermula: 11 November 2026, jam 9.00 pagi

🕓 Berakhir: 01 Disember 2026, jam 4.00 petang

🌐 𝑷𝑨𝑼𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵𝑨𝑵:

http://elesen.mpkk.gov.my

📋 𝑷𝑹𝑶𝑺𝑬𝑺 𝑩𝑰𝑫𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑵𝑫𝑰𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑻𝑨𝑲 𝑵𝑰𝑨𝑮𝑨

Proses bidaan dan undian petak niaga akan dilaksanakan secara dalam talian berdasarkan jadual serta lokasi bazar yang telah ditetapkan oleh MPKK.

Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap dan mematuhi syarat permohonan yang ditetapkan.

⚠️ 𝑷𝑬𝑹𝑯𝑨𝑻𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑬𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑺𝑬𝑴𝑼𝑨 𝑷𝑬𝑴𝑶𝑯𝑶𝑵

▪️ Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu permohonan semasa pendaftaran.

▪️ Nombor lot petak niaga akan ditentukan melalui sistem undian.

▪️ Permohonan boleh ditutup lebih awal sekiranya petak niaga telah penuh.

▪️ Semua pemohon hendaklah merujuk jadual dan maklumat terperinci yang dipaparkan pada kedua-dua poster rasmi.

☎️ 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝒀𝑨𝑨𝑵 𝑳𝑨𝑵𝑱𝑼𝑻

Jabatan Kesihatan Persekitaran

Majlis Perbandaran Kulim

Tel: 04-432 5225

📲 Kongsikan hebahan ini kepada keluarga, rakan dan individu yang berminat untuk menjalankan perniagaan sempena Ramadan 2027.

#MajlisPerbandaranKulim#BazarRamadan2027

Skip to content