DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR KE PROGRAM JIWA SME FINALE 2026: MEMPERKASA EKOSISTEM INDUSTRI KOPI DAN KEUSAHAWANAN KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 23 Oktober 2026- Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Program JIWA SME Finale 2026 anjuran Astro AWANI, dengan Unifi Business sebagai penaja utama dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) sebagai rakan strategik, yang berlangsung meriah di Aman Central, Alor Setar. Program tersebut telah disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin.
 
Mengangkat tema “Ekonomi Kopi & Budaya Kafe”, program ini menghimpunkan pelbagai pemain industri kopi, merangkumi peladang dan pengusaha tanaman kopi, pembekal biji kopi, pengusaha pemanggangan kopi (coffee roaster), pemilik jenama kopi, pengusaha kafe, pembekal bahan mentah, pengedar mesin dan peralatan kopi, barista serta penyedia latihan dan perkhidmatan berkaitan.
 
Turut hadir ialah ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab; Pengarah dan Ketua Pengarang Astro AWANI, Encik Zaiful Mohd Ariffin; Naib Presiden Unifi Business, Dr. Mohamad Yusman Ammeran; Editor Eksekutif Editorial Commercial Astro AWANI, Cik Cherish Leow; serta Timbalan Presiden DPMM Pusat, Encik Mohd Dzahir bin Jamudin.
 
Skip to content