MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT MBI

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diketuai oleh Pengarah Penguatkuasaan Dan Keselamatan MBI, Encik Abdul Halim Saad, baru-baru ini. Lawatan kerja seramai 35 orang pegawai MBI itu telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Korporat dan Strategik MBAS, Tn. Hj. Bohari Md. Yusof serta pegawai-pegawai MBAS bertempat di Dewan Persidangan Al-Wafa, Aras 8, Menara MBAS.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan amalan terbaik (best practices) oleh kedua-dua PBT dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan selari dengan perundangan Pihak Berkuasa Tempatan melibatkan skop Pengurusan Penjaja Tanpa Lesen di Kawasan Tumpuan Awam dan Penguatkuasaan Lesen Premis Makanan.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBI atas kunjungan ini. Semoga lawatan kerja yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua PBT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Hadir sama Ketua Bahagian Kualiti dan Komunikasi Korporat MBAS, En. Mohamad Syafiq bin Mohamad Najib; Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher Abu Bakar; Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Farahani Ahmad serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content