TAKLIMAT KUASA PENYIASATAN DI BAWAH KUASA UNDANG-UNDANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN : BIDANG KUASA, PROSEDUR DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI.

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Integriti dan Tadbir Urus dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan terus memperkukuh tadbir urus organisasi menerusi penganjuran Taklimat Kuasa Penyiasatan di Bawah Kuasa Undang-Undang Pihak Berkuasa Tempatan: Bidang Kuasa, Prosedur dan Tanggungjawab Pegawai yang diadakan bertempat di Dewan UTC Kedah, hari ini.
 
Program itu bertujuan meningkatkan kefahaman serta pengetahuan anggota penguat kuasa dan pegawai teknikal yang terlibat dengan prosedur tindakan penguatkuasaan undang-undang di pelbagai jabatan / bahagian MBAS. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd.
 
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh kecekapan pegawai dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, di samping memastikan setiap tindakan dijalankan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
 
Skip to content