Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) komited memastikan isu mendapan jalan dan keruntuhan longkang di Taman Angsana, Kulim diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dilaksanakan bagi menangani kerosakan di lokasi terlibat demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.

MPKK akan terus memberikan perhatian terhadap isu infrastruktur demi memastikan persekitaran yang lebih selamat dan selesa untuk komuniti.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan.

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content