KUNJUNGAN DATUK JALALUDDIN HASSAN KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 25 Oktober 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya menerima kunjungan pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), petang semalam.
 
Dalam kunjungan tersebut, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan kekaguman terhadap pembangunan bandar raya Alor Setar serta keharmonian masyarakat di negeri Kedah yang berbilang kaum, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera.
 
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jalinan kerjasama dalam usaha memperkenalkan keunikan, kemajuan dan potensi bandar raya Alor Setar kepada masyarakat umum.
 
 
Skip to content