𝟐𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝟑𝐏 (𝐏𝐄𝐌𝐔𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
Majlis Daerah Yan (MDY) telah mengadakan sesi taklimat kepada perunding yang terdiri daripada Perancang Bandar dan Arkitek berkaitan pelaksanaan permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) bagi Program 3P (Pemutihan Pembangunan Pelancongan) yang telah dibuka bermula 1 Oktober 2026 sehingga 30 September 2027. Sesi taklimat ini merupakan inisiatif untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada pihak perunding berkaitan tatacara dan keperluan yang ditetapkan bagi menyertai Program 3P ini.
Diharap sesi taklimat tersebut dapat memberi informasi yang jelas berkenaan kelonggaran syarat yang ditawarkan khas bagi Program 3P ini. Ianya juga dapat memudahkan pihak perunding yang berminat mengemukakan pelan KMTT bagi pihak pengusaha premis berkonsepkan pelancongan sedia ada di Daerah Yan. Pihak pengusaha juga boleh memilih perunding yang berdaftar dengan MDY untuk mewakilkan mereka mengemukakan pelan KMTT supaya aktiviti perniagaan mereka mendapat kelulusan yang sah daripada MDY dan mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas premis mereka selepas tempoh tawaran tamat.
gambar:- https://www.facebook.com/share/p/19MH4ByhXv/
