26 Oktober 2026 – Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 10 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Mesyuarat ini telah menghimpunkan Ahli-Ahli Majlis lantikan politik, Ahli Majlis Ex-Officio daripada agensi teknikal daerah serta ketua-ketua jabatan dalaman MPKK.

Dalam ucapan aluannya, Dato’ Yang Dipertua menegaskan kepentingan kerjasama berpasukan serta pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berjalan dengan berkesan.

Beliau turut mengingatkan agar penyampaian perkhidmatan sentiasa ditambah baik dengan mengutamakan pendekatan yang lebih proaktif, bijaksana dan berkesan demi memenuhi keperluan rakyat.

Menghadapi musim hujan, semua pihak perlu sentiasa bersedia dan memberikan perhatian terhadap isu-isu yang timbul agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam mesyuarat yang sama, Kempen Bebas Beg Plastik turut dilaksanakan dengan penglibatan Ahli-Ahli Mesyuarat sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna serta memupuk amalan mesra alam dalam kalangan masyarakat. Mulai 1 Januari 2027, premis perniagaan yang terlibat dalam kawasan pentadbiran MPKK tidak lagi dibenarkan membekalkan beg plastik kepada pengguna.

Mesyuarat Majlis Penuh merupakan platform penting dalam memperkukuh tadbir urus Majlis melalui perbincangan dan penyelarasan tindakan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat terus menjadi keutamaan MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content