26 Oktober 2026 – Di sebalik kesibukan menjalankan amanah dan tanggungjawab harian, warga Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) terus menyemarakkan pengisian rohani menerusi program bulanan Solat Sunat Dhuha dan Bacaan Surah Yasin yang berlangsung di Surau Az-Zuhud MPKK.

Program anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan MPKK ini bukan sekadar menjadi wadah pengisian kerohanian, malah turut menyuburkan nilai kebersamaan, mengeratkan silaturahim serta memupuk budaya kerja yang harmoni dan diberkati.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Yang Dipertua MPKK, Ahli-Ahli Majlis serta anggota MPKK yang bersama-sama mengimarahkan program tersebut.

Semoga amalan yang penuh keberkatan ini terus menjadi budaya warga MPKK dalam membentuk peribadi yang unggul, memperkukuh ukhuwah dan menyemai keikhlasan dalam setiap amanah yang digalas.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content