LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH YAN KE MAJLIS DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Sumber berita: Majlis Daerah Cameron Highlands

Foto oleh: Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat, MDCH

CAMERON HIGHLANDS, 29 Oktober 2026 – Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) hari ini telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Daerah Yan (MDY) sempena Lawatan Penanda Aras (Benchmarking Visit) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Nur Ilham, Majlis Daerah Cameron Highlands.

Kunjungan delegasi MDY telah disambut dan dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Mazlan bin Mohamed Isa. Delegasi daripada Majlis Daerah Yan pula diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Yan serta turut disertai oleh Setiausaha dan Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan.

Lawatan penanda aras ini merupakan satu platform strategik bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pengetahuan serta amalan terbaik dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran PBT.

Program seumpama ini amat penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara PBT, khususnya melalui perkongsian pengalaman dan pendekatan yang telah dilaksanakan oleh setiap organisasi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Dalam sesi lawatan tersebut, kedua-dua pihak berpeluang bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan aspek pengurusan dan pentadbiran PBT, penyampaian perkhidmatan awam, pengurusan komuniti serta pelaksanaan pelbagai inisiatif dan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan setempat.

Perkongsian ilmu dan pengalaman antara MDCH dan MDY turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengenal pasti amalan terbaik yang boleh disesuaikan dan dilaksanakan di kawasan pentadbiran masing-masing. Ia sekali gus dapat membantu meningkatkan kecekapan proses kerja, kualiti penyampaian perkhidmatan serta tahap kepuasan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT.

Selain itu, lawatan penanda aras ini mencerminkan komitmen berterusan MDCH dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik dengan PBT lain melalui budaya pembelajaran dan penambahbaikan secara berterusan.

Pendekatan perkongsian seperti ini juga dilihat mampu mewujudkan budaya organisasi yang lebih dinamik, inovatif dan responsif, di samping memperkukuh aspek tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.

MDCH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Setiausaha,Ahli-ahli Majlis serta seluruh delegasi MDY atas kunjungan dan kesudian berkongsi pengalaman bersama pihak MDCH.

Diharapkan hubungan baik yang terjalin antara Majlis Daerah Cameron Highlands dan Majlis Daerah Yan akan terus diperkukuhkan melalui kerjasama, jaringan strategik serta perkongsian ilmu dan amalan terbaik pada masa akan datang.

Gambar:- https://www.facebook.com/share/p/1cK9c4KNRG/

Skip to content